VG



LaTaR BeLaKaNg VG

            Pada tanggal 30 Mei 2010 ,telah tercetusnya idea daripada beberapa orang belia yang berasal dari negeri Jelapang Padi iaitu negeri Kedah Darul Aman untuk menubuhkan sebuah kelab kereta Viva.Setelah beberapa bulan kelab ini ditubuhkan,ia semakin berkembang dan dikenali apabila seorang demi seorang belia remaja berminat untuk menyertai kelab ini.Kelab ini diberi nama VivaGroup. Ia dikenali VivaGroup kerana kelab ini hanya disetai oleh para belia yang memiliki kereta Produa Viva sahaja.Malah penubuhan kelab ini secara tidak langsungnya menunjukkan sokongan para belia terhadap keluaran kereta Negara Malaysia iaitu Produa Viva. 

         Tanggal 30 Januari 2011, kelab Vivagroup.Com telah di daftarkan di bawah Gerakan Belia 4B Malaysia cawangan Flat PPR2 Paya Nahu, Parlimen Merbok, Kedah Darul Aman.
          Tujuan asal kelab ini ditubuhkan adalah untuk mengisi masa lapang hujung minggu dengan aktiviti riadah bersama-sama ahli kelab dan keluarga ahli kelab disamping mengeratkan silaturrahim antara ahli.Di samping itu juga mengisi masa lapang dengan melakukan kerja-kerja amal kepada yang memerlukan bantuan.Antara aktiviti yang kami jalankan seperti gotong-royong membersihkan halaman,memasak ,memberi sumbangan dan lain-lain .

          Para ahli yang telah berdaftar ,mereka akan diberi pelekat kereta kelab dan numbor ahli untuk dilekatkan di kereta masing-masing sebagai bukti menyertai kelab VivaGroup.